KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.
Peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah menerima dokumen berkaitan kes tersebut daripada pihak pendakwaan dan sedang menelitinya bagi melengkapkan representasi.
"Kami mohon lanjutan masa untuk melengkapkan representasi. Sehubungan itu, kami mohon 10 Nov sebagai tarikh pengurusan kes untuk kami maklumkan kepada mahkamah mengenai status representasi," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat Rasyidah Azmi Kalai mengesahkan dokumen berkaitan kes itu telah diserahkan kepada pasukan pembelaan dan tidak membantah tarikh pengurusan kes yang dipohon pembelaan.
Hakim Azura Alwi memberikan lanjutan masa selama dua bulan untuk pihak pembelaan melengkapkan representasi tersebut.
"Saya menetapkan 10 Nov untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak maklumkan mengenai perkembangan representasi. Sekiranya tiada sebarang perkembangan lanjut pada tarikh itu (10 Nov), kedua-dua pihak perlu bersedia dengan tarikh perbicaraan," katanya.
Pada 10 April lepas, Azlan, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta, yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, di Kangar, antara Disember 2013 hingga Disember 2017.
Bagi semua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 12 April lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini, antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 9 Jun lepas, Azura membenarkan kesemua pertuduhan tersebut dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Peguam mewakili Azlan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah menerima dokumen berkaitan kes tersebut daripada pihak pendakwaan dan sedang menelitinya bagi melengkapkan representasi. - Gambar fail
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.
Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.
10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.
Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas lima pertuduhan terima wang haram berjumlah RM1.06 juta.
Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok
Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Azlan Man hadapi lima tuduhan tuntutan palsu bernilai lebih RM1.18 juta
Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta.
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Azlan tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.
Pemilihan UMNO: Azlan Man, Mohamad Ali gagal pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian
Azlan tewas kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail.